Jom Shopping Barang Baby Murah kat Sini (click gambar untuk ke website)

Monday 27 January 2014

Ruang Untuk Membantu

Assalamualaikum...

Entry baru setelah sekian lama tak menulis. Hidayah Allah ada di mana-mana. Pasang niat dan berusaha ke arah itu, dengan doa dan kesungguhan InsyaAllah Allah akan permudahkan. 

Sebenarnya ini adalah niat aku yang dah lama terpendam. Pernah aku suarakan pada suami satu ketika dulu untuk membantu mereka yang susah, anak-anak yatim malah sesiapa sahaja yang memerlukan. Alhamdulillah abang menyokong tapi pernah juga abaang bertanya "bagaimana? sedangkan kita tak de kemampuan (duit lebih) untuk membantu". Ayah juga pernah bagitahu aku "Jangan lokek untuk membantu. Jangan lokek untuk menderma. Sebab tu ayah ajar anak-anaknya supaya menderma di masjid. Tahun ni bawa seringgit, tahun depan bawa dua ringgit. Masuk dalam tabung masjid. Itu aset di akhirat esok! kalau jumpa orang minta sedekah, bagilah. Jangan fikir siapa dia, jangan fikir tipu ke betul. Derma saja. Tak boleh bagi seringgit, bagi 50 sen. Tak nak beli apa yang di jual tak pe, tapi berilah sedikit. kadang-kadang kita rasa kesian, budak lelaki yang kepenatan, nampak lapar, baju lusuh, peluh membasahi badan. Nak derma, tapi bila ingat "Ada agen ni...", kita matikan niat. SubhaNallah.... kenapa kita macam tu? 

Ya, kalau fikir tak cukup memang kita manusia tak pernah cukup. Bila ada duit ada saja yang ingin dilakukan. Shopping, melancong, bayar hutang dan apa saja. Duit gaji belum masuk, baru kira-kira dalam otak dah habis! Lumrah. Gaji besar, makan besar. Aku rasa kita semua sama.

Bila berbincang dengan abang macamana nak buat untuk membantu, kami mendapat keputusan. 

Kumpul barang makanan, buku-buku, baju atau apa sahaja berunsur material kemudian dermakan kepada anak yatim. Bagimana? dengan war-warkan kepada mereka yang berniat untuk memberi sumbangan walau sekotak biskut atau sebuah buku! poskan kepada kami. Kemudian kami akan hantar ke rumah anak yatim. Setuju?

Yang ke dua ialah melalui bisnes yang kami jalankan. Buat masa sekarang aku aktif dengan perniagaan Shaklee. Jadi aku bercadang sesiapa yang membeli dengan aku, RM5 dari jumlah belian itu akan disalurkan kepada rumah anak yatim atau mereka yang susah. Ini bukan marketing strategi aku untuk lariskan bisnes. Bukan berniat untuk memancing pelanggan dengan derma mereka. Tapi niat aku untuk membantu dan sama-sama mengajak mereka yang berniat untuk membantu bersama-sama kami. Ye lah, kadang-kadang kita rasa nak memberi, nak menderma. Tapi nak diderma RM5 kepada rumah anak yatim rasa sikit, nak derma sekotak biskut rasa tak munasabah. Nak keluarkan banyak kita juga ada komitment. Aku faham. 

Rezeki itu datang dari Allah. Rezeki Allah itu luas. Dan tak kan miskin jika kita menderma. Sebab sedekah itu salah satu magnet rezeki. Percaya?? Allah sudah berjanji. Barang siapa yang lakukan kebajikan, maka Allah akan limpahkan nikmatnya. Sedekah itu tanda syukur. Ada sedikit bagi sedikit, ada banyak bagi banyak. 


Kita bagi 1, Allah bagi 10. Kita bagi 10, Allah bagi 100. Kita bagi 100, Allah bagi 1000. Demikian janji Allah. Dalam Al-Quran sendiri ada tercatit. Maka nikmat Allah yang mana yang kamu hendak dustakan?



Rumah Anak-Anak Yatim Darul Taqwa, Sungai Besi
Letaknya berhadapan Pangsapuri Permai. Dekat LRT Sungai Besi. Ya! Berhadapan rumah aku. Dari bilik solat rumah aku, setiap hari aku boleh lihat. Kadang-kadang ada program, dengar anak-anak yatim itu menyanyi, berselawat dan kadang-kadang dengar suara mereka. Aku?? Sudah Sudah setahun lebih aku tinggal di sini, ada niat yang lama, tapi baru terpanggil untuk membantu. Bodohnya aku. Ruang sudah disediakan di depan mata, kenapa sekarang baru aku nampak? Subhanallah... Allah baru beri aku hidayah. Moga niat ini bercambah dengan usaha dan istiqamah.

Kepada yang berniat untuk membantu:-

Boleh salurkan bantuan korang pada aku melalui pos/currier. Aku tak nak duit! Aku nak sumbangan dalam bentuk material, yang mana aku boleh bawa kepada mereka. Biar sikit, jangan malu. Mari kita sama-sama kumpul yang sedikit ini menjadi banyak dan kita derma kepada mereka. Allah bagi kita peluang untuk membantu. Allah bagi kita peluang membuat pelaburan akhirat. Gunakan masa yang ada serta rezeki yang diberikan oleh Allah untuk membantu.



Aku bercadang untuk melawat ke rumah anak yatim darul taqwa. Mungkin minggu hadapan. Setelah balik dari kampung. Jumpa dengan person incharge dan bertanya serba sedikit tetang keadaan rumah anak yatim dan anak-anak di situ. Apa-apa akan aku maklumkan pada korang.

Semoga niat ikhlas kita untuk membantu ini dipermudahkan oleh Allah s.w.t...