Jom Shopping Barang Baby Murah kat Sini (click gambar untuk ke website)

Monday 18 November 2013

90 Days Plan

Assalamualaikum..

Just quick update. Alhamdulillah dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Afif Zaidan Bin Mohd Khairol Idwan pada 11 Oktober 2013, 3.35 pagi di Hospital Tanah Merah, Kelantan. 


Nampak tak gambar kat atas? Sila dukung baby dan pegang perut macam kat atas. Memang rasa macam perli jerk. Huh! Gemok! Isu paling sensitif bagi wanita. Dan perkara paling merisaukan bila kami bersalin. Ada orang lepas bersalin badan mantop. Punggung, breast naik jerk. Pinggang cam kerengge... ada pulak lepas bersalin macam kak limah. Nak cakap macam hantu kak limah macam teruk sangat la pulak kan? Oh please Allah, help me, oh suami please encourage me to get back weight. Aku sangat takut gemok! Korset yang aku beli RM2300 dah tak muat weh! Kurung moden aku dah tak leh sarung weh! sume ketat kat dada (ok lagi sebab yang ni aset), paling tak leh blah ketat tang lengan dan punggung sebab perut buncit dan tulang punggung mengembang. Bukannya mengeluh lepas bersalin, bersalin tu kan anugerah Allah.. ni cerita pasal kena jaga badan untuk suami dan kesihatan. Kalau sakit, kalau tak cantik macamana nak jaga suami dan keluaga? Tak gitu??

All right, talk about 90 days plan actually this is a journey to slim back. ceeeewaaah!! sila jangan gelak. ini bukan main-main jokeh. Ini perkara sangat-sangat serius. Will start on coming 1st December 2013 and start on that time I need to plan well my meal, reduce calories intake, do some exercise even sapu lantai or sapu sawang syiling. 

Program: 90 Days Plan Reshape Body
Misi & Visi: Dapatkan kembali berat dan bentuk badan sebelum mengandung
Target: 50kg pada 1 Mac 2014

Current update:
Sebelum mengandung             - 50kg
Sebelum bersalin (6/10/2013) - 75kg
40 hari bersalin                       - 61.4kg

ok, dah nampak kan. Total increasing weight ialah 25kg!!! 40 hari bersalin now berat aku 61.4kg (baru je naik penimbang tadi sebab nak tulis post ni). Aku tak nak kira berapa dah turun, tapi aku nak kira berapa lagi berat aku kena turun untuk dapat berat asal aku. Lagi 11.4kg!!

Untuk itu, aku akan post tips dan cara aku turunkan berat badan sampai aku dapat berat asal. Ok, just tu je buat masa ni. Anak merengek dah. Nanti update lagi ok.

Wasssalam


Monday 15 July 2013

Berpuasa Ketika Mengandung

Assalamualaikum..

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.. seperti mana yang telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tarikh 1 Ramadhan telah jatuh pada Rabu, 10 Julai 2013. Maknanya esok kita semua ummat Islam akan mula berpuasa. Bezanya Ramadhan kalini ialah kami puasa bertiga. Mana sorang lagi?? Heee... nih, dalam perut ni. Alhamdulillah kandungan bie dah masuk 25 minggu@6 bulan seminggu. Alhamdulillah.. masuk 6 bulan ni, baby makin aktif menendang. Entah ape yang baby buat dalam perut bie pun tak tahu. Kadang-2 duk buat keje ralit duk pandang perut sebab baby duk main-main kat dalam. Kadang-2 tendang berkali-kali, kadang-2 dia cam main boxing gitu, kadang pulak rasa macam dia menggeliat. Heee... best tau. Walaupun kadang-2 baby mengeras dan sakit di celah paha, tapi itu semua pengalaman manis semasa mengandung ni. Serius mama dengan papa tak sabar nak tunggu baby keluar. Hujung bulan ni InsyaAllah scan 4D, so hopefully baby berada dalam keadaan baik dengan posisi yang betul so that mama dengan papa leh la tengok muka baby kan?? We all suami isteri selalu duk sembang agak2 muka baby macam siapa. Papa dia asyik cakap "mestila la muka baby macam abe, handsome. Hidung mancung."... hehe.

Baby dalam perut pun dah faham and boleh dengar apa kita cakap tau? Menurut info dari baby center, seawal usia kandungan 23 minggu, bayi dalam kandungan sudah boleh mendengar sesuatu bunyi di luar rahim. Selain itu bayi juga sudah boleh mendengar degupan jantung ibu dan perut ibu yang bergoncang. Beberapa hari lepas balik kampung, 7 jam pergi, 7 jam balik dari KL-Kelantan, siyan baby bergoncang dalam perut. Hope baby ok. InsyaAllah..

Actually this is the second time bie berpuasa semasa mengandung. 1st baby puasa tahun lepas nak buat macamana tak de rezeki. Lagi 3 hari nak raya bie keguguran. Alhamdulillah tahun ni Allah gantikan kami dengan new baby yang kat dalam tommy ni. Alhamdulillah dah 6 bulan setengah. Ok, sempena bulan puasa ni bie nak share tips2 berpuasa untuk ibu mengandung.

Kebanyakan ibu-ibu mengandung risau nak berpuasa sebab takut nanti bagi effect kepada baby dalam kandungan contohnya lapar dan tak aktif. Jangan risau, kerana bila baby lapar, baby akan serap nutrisi dari badan ibu. Satu lagi kita hendaklah sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan dan tenaga sepanjang mengandung untuk beribadat kepada Allah. InsyaAllah dengan niat yang ikhlas, Allah akan permudahkan segala urusan kita. 

TIPS BERPUASA IBU MENGANDUNG
1) Sahur

  • Karbohidrat: nasi beras perang/biasa, roti bijian penuh, bijirin yang dicampur dengan susu dan kurma, serta buah-buahan seperti pisang. Fungsi adalah memberi tenaga kepada ibu sepanjang hari. 
  • Elakkan minum teh semasa sahur sebab badan anda akan terhidrat.
  • Minum susu + beberapa biji kurma.
  • Buah-buahan/sayur-sayuran
  • Suppliment kesihatan seperti vitamin dan sebagainya. 
  • Pilih zat yang boleh bertahan lebih lama dalam sistem pencernaan contoh: protien dari daging. Ia mengambil masa yang lama untuk dicerna dan membuatkan kita bertahan lapar lebih lama.
  • Jangan makan/minum makanan yang terlalu manis sebab kita akan mudah berasa dahaga/lapar pada siang hari akibat dari kekurangan insulin dalam badan. 
-  Selain tu biasanya awal bagi masa nak bangun panaskan lauk tu bie akan teguk segelas susu dutch lady low fat milk + 3 biji kurma dulu untuk pastikan badan mendapat nutrisi dan zat yang cukup sepanjang hari. Susu bekalkan kita kalsium dan kalori dari buah tamar akan memberikan kita tenaga. Lagipun khasiat buah tamar tu kan banyak!Biasanya masa sahur bie akan pastikan yang bie akan makan nasi walaupun sedikit sebab risau nanti baby lapar. Lepastu akan makan vitamin n suppliment yang doktor bekalkan dan banyakkan minum air masak.

2) Berbuka
  • Actually tiada menu khas untuk berbuka. Ibu mengandung boleh makan apa sahaja, tapi yang paling paling bagus adalah lengkapkan hidangan dengan karbohidrat, protin, dan serat. Jangan lupa buah kurma sebagai makanan sunnah untuk berbuka. Contoh: 3 biji kurma, 400ml air masak, segelas jus buah2 buahan, nasi bersama sayur campur, sup jernih, sayur campur, ikan bakar, tempe, tauhu dan buah-buahan seperti tembikai dan betik. Keperlbagaian makanan yg mengandungi 3 komponen utama iaitu karbohidratm serat dan protin amat penting untuk memberikan nutrisi seimbang kepada badan dan kandungan. 
Penting ke sahur tu?
Sangat-sangat penting okeh. Sebab sahur ni salah satu yang disuruh oleh agama dan mendapat pahala sahur. Kedua, amat penting untuk membekalkan tenaga pada siang hari dan membekalkan nutrien kepada ibu dan bayi dan akhir sekali sahur boleh mengelakkan kelaparan dan mengantuk di siang hari.

Segera berbuka/batalkan puasa sekiranya anda mengalami:
  • Muntah-muntah lebih dari 3x kerani dikhuatiri anda mengalami dehidrasi
  • Rasa tidak selesa pada perut seperti sakit atau memulas
  • Rasa senak, mata berpinar dan pening kerana dikhuatiri bayi dalam kandungan mengalami kekurangan nutrisi
  • Kelaparan yang amat/keletihan yang menunjukkan anda tidak kuat lagi untuk meneruskan puasa
Tips2 lain yang boleh diamalkan antaranya ialah:
  • Sentiasa berfikiran positif dan berdoa kepada Allah agar diberikan tenaga dan kesihatan untuk berpuasa dan diberi keselamatan kepada anak dalam kandungan
  • Elak minum minuman berkafein dan bergas
  • Monitor pergerakan bayi. Rasakan tendangan bayi anda sekurangnya 10x selama anda berpuasa, jika kurang dari 10x tendangan, dinasihatkan berjumpa doktor
  • Berinteraksi dengan bayi. Beritahu pada bayi dalam kandungan tentang puasa contoh : "harini mama puasa sayang. mama makan awal pagi dan awal malam. mama kena puasa sebab ni tanggungjawab mama pada Allah, so siang hari mama tak makan. anak mama duk elok2 dalam perut mama ni ok". dan bila nak bersahur atau berbuka selalu cakap "jom makan sahur ngan mama sama2/jom kita buka puasa sama2... ini adalah salah satu pendidikan awal kepada anak anda dan memberikan kefahaman pada dia. 
Ok, mommy2 semua. So dengan tips ni jangan risau lagi okeh. U oll still boleh puasa even preggy. Untuk mendapatkan keterangan lanjut or nasihat, bolehlah berjumpa dengan doktor anda. Taaa... 






Wednesday 26 June 2013

Perlunya Scan/Ultrasound Kandungan

Assalamualaikum..

Masuk harini genaplak 23 minggu usia kandungan bie dan selama itu juga lah ke hulu ke hilir bawak baby dalam perut ni. Macam-macam pengalaman dah selama hampir 6 bulan ni. Actually bie sangat-sangat tak sabr nak tunggu 6 bulan lebih or 7 bulan. Kenapa?? Sebab nak buat 4D scan. menurut doktor Klinik Perdana, Sungai Besi yang selalu bie refer tu dia cakap masuk 24 minggu ke atas dah boleh buat 4D. Lagi elok kalau 6 bulan ke 7 bulan tu sebab baby dah besar. So kita leh tengok baby dengan jelas. InsyaAllah... 
Ada orang takut nak scan baby banyak kali. Takut ada effect katanya. Mula2 bie fikir macam tu jugak, sebab terpengaruh dengan kata-kata orang kan, tapi setelah dirujuk kepada yang pakar (Doktor) actually xde effect pun, malah banyak kelebihan ultrasound ni. Antaranya ialah melihat kedudukan bayi supaya berada dalam kedudukan yang betul dan mengesan sebarang ketidak sempurnaan pada kandungan. 



Apa perlunya ultrasound?
  • Sesetengah embrio membesar di dalam tiub fallopio dan bukannya di dalam rahim seperti sepatutnya. Ultrasound membantu doktor mengesan serta merawat kehamilan di luar rahim sebelum ia membahayakan kesihatan.
  • Dengan mengetahui usia bayi juga, doktor boleh menentukan dengan lebih tepat tarikh bayi dijangka lahir sekali gus membolehkan masa-masa penting sepanjang kehamilan itu dijejaki.
  • Sekiranya doktor mengesyaki kandungan lebih dari satu (kembar), ultrasound boleh memastikannya.
  • Doktor juga akan menggunakan ultrasound untuk memastikan sama ada bayi membesar normal - dengan memantau pergerakan bayi, pernafasan dan degupan jantungnya.
  • Sementara itu, segala masalah dengan uri yang memerlukan perhatian juga boleh diselidiki. Ini penting kerana uri membekalkan bayi dengan sumber pemakanan serta darah yang kaya dengan oksigen.
  • Sekiranya berlaku pendarahan atau lain-lain komplikasi, doktor akan melakukan penyiasatan lanjut menggunakan ultrasound.
  • Ultrasound turut dijadikan panduan untuk menempatkan jarum suntikan semasa ujian-ujian pranatal.
  • Misalnya, memeriksa sampel cecair amniotik bagi masalah-masalah genetik tertentu (amniosentisis) atau menguji contoh plasenta (uri) bagi keabnormalan genetik (pensampelan vilus korionik).
  • Akhir sekali, ultrasound membantu doktor mengesan sebarang kecacatan yang mungkin berlaku kepada bayi di dalam kandungan.
  • Diagnosis awal boleh mendorong kepada rawatan segera yang boleh menyelamatkan bayi dan ia boleh dikesan sebelum kandungan masuk minggu ke-20.

Antara kecacatan yang mungkin berlaku
* Hidrosefalus; masalah kepala bayi yang membesar
* Anensefali; ketiadaan tulang-tulang (separa atau lengkap) pada bahagian belakang tengkorak
* Spina bifida: kecacatan perkembangan bayi baru lahir dan sebahagian daripada korda spina serta salutan-salutannya terdedah melalui celah tulang belakang. Ia boleh didiagnosis kira-kira minggu ke-16 kehamilan melalui ujian cecair amniotik.
* Sumbing bibir dan lelangit
* Penyakit jantung kongenital (sejak lahir)

** Malam semalam suami tak lena tidur. Panas katanya. Kol 3 pagi kejut baby dalam perut cakap "baby, bangunla... papa nak main ngan baby ni", yang mamanya pulak tengah mamai. Suami letak kepala kat perut, lepastu.... "dush!" heeee baby kick kepala papa dia.
Sedang abang duk cakap ngan baby, bie duk senyum sorang2. Mata xleh nak bukak sebab ngantuk, tapi mulut bcakap. Lepas baby kick 4-5x, papa dia suh tido. Tapi baby kol 3 pagi aktif, duk main tendang2 ag. Tak pepasal papa dia pujuk suruh tido balik. Dan lepastu tetiba mengeras. Mama dia pulak yang terjaga sebab rasa sakit n penuh perut bila baby mengeras. haaa.. pandai kejut sangat. Dah pujuk2 lepas tu baru ok dan dapat tidur lena. Pengalaman mengandung, sangat indah. Syukur Ya Allah.. Semoga anak ini lahir dalam keadaan sihat dan sempurna.

Monday 24 June 2013

Buah Delima Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog kan? Ada je idea nak menulis tapi bila bukak terus kehilangan ayat. Harini pagi2 lagi masa drive nak datag office da fikir nak update blog. Sampai office terus bukak dashboard ni. Hee.. Actually bie puasa harini. Pagi tadi bangun sahur kol 5.15pagi. nasib baik nasi da masak siap2 masa nak tidur semalam. Bukan apa, takut jadi macam semalam. Da niat nak puasa Nisfu Syaaban, jatuh hari Isnin pulak tu. Tapi bangun lewat, nak sahur ngan nasi, tapi nasi tak masak lagi. So ambik maggi sedap goreng tu. Masa tengah rendam terfikir, kesian kat baby kalau mama dia makan maggi kan. Kebetulan suami terjaga time tu, mintak air milo. Suami bie cakap tak yah puasa la, better makan nasi. Nanti takut baby dalam perut lapar kalau makan maggi je. Hurmm ok. So terlepas la Puasa Sunat Nisfu Syaaban. Ruginya.... :(

Panjangnye intro kan? Hee... Ok, actually nak cakap pasal buah delima. Bie nak share sikit dekat2 mommy to be semua pasal buah delima ni. Kenal tak buah delima?? 

Tadaaa...ni la buah delima. 
Alkisahnya macam ni, disebabkan terlalu ramai orang bercerita tentang khasiat buah delima dan disyorkan oleh ramai termasuk kawan baik bie, so bie pun teringin sangat la nak makan buah ni. Sebelum ni bie penah bagitahu kan yang amalkan minum jus delima, bie ambik brand Giffarine. Sangat sedap sebab memang rasa pure buahnya. Brand lain bie tak cuba, tapi brand ni memang kawan bie syorkan then memang tengok baby dia kulit putih dan gebu. Disebabkan keinginan itu, kitorang puan pegi lakedai buah dekat Pekan Sungai Besi. 

"Bang, buah delima ni berapa sekilo?", tanya suami.
"RM 7 sebiji,"penjual.
"Makkk aiii RM& sebiji?? Mahalnya! serius memang terkejut.
"Murah da ni dik. Kat HERO sebiji RM10, tak caya pergi la. Isi dia manis, sedap. Buah import ni", hurmm ye la bang... kalau da nak jual kan. Macam-macam. tapi serius bie bagitau kedai buah kat Sungai Besi ni agak mahal bagi bie. Better pergi Tesco or Hero. Bukan nak tutup periuk nasi orang tapi memang betul mahal. Bila post dekat fb, member cakap memang buah ni mahal kat KL. Kalau Pasar Malam kat Kelantan leh dapat 3biji/RM10. sangat murah kan?? 
So, even mahal suami cakap ambik la juga sebiji sebab nak makan kan. Balik umah, belah waaahhh memang  cantik isi dia. Merah delima gitu.... cam permata delima pulak. Actually ni 1st time bie makan buah delima, xtahu pulak isi dia memang sedap. Macamana nak cakap ea, rasa dia macam limau bali yang besar tu. Haaa lebih kurang la. Tapi delima ni sedap lagi. Memang ralik duk makan buah ni sebab isi dia kecik2 kan? Suami pun suka. 

INFO :-

Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Antara khasiatnya adalah :-

  • MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
    • Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
  • DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 
    • Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
  • MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
    • Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
  • MERANGSANG TENAGA BATIN
    • Jus delima kya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
  • MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
    • Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
  • MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
    • Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".
  • MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
    • Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
  • MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
    • Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
  • DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
    • Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
  • MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
    • Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
  • MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
    • Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
  • MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
    • Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
  • MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
    • Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
  • MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
    • Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
  • DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
    • Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
    • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
    • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
    • Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
    • Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
  • MELINDUNGI OTAK BAYI
    • Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
  • LAGI KHASIAT DELIMA :-
    • Melawan penyakit gaut
    • Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
    • Merawat 'sinus'
    • Meningkatkan tenaga
    • Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
    • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
    • Menormalkan fungsi hati
    • Menstabilkan peredarah darah
    • Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
    • Mencuci darah kotor

TAHUKAH ANDA?

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga sebagaimana firman Allah :
( Q : 55: 68 ) Maksudnya : "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta phon-pohon kurma dan delima.

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tig akali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil bejus segar, manis masam rasanya.

Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang cina misalnya menyajikannya sewaktu perkahwinan kerana di anggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal kerana pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula,pokoknya malar segar. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.


PENTINGNYA WANITA MENGAMALKAN BUAH DELIMA :-

  1. Menegangkan payudara
  2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
  3. Mencerahkan kulit
  4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
  5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
  6. Merapat dan mencegah kanser rahim
  7. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
  8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
  9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
  10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang :)
  11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj
  12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
  13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)

Tuesday 11 June 2013

Dilema Bakal Ibu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah masuk 5 bulan baby dalam kandungan. Syukur Ya Allah, satu anugerah, pengalaman yang sangat berharga. Walaupun macam-macam perasaan dan rasa yang ada, tapi InsyaAllah b akan tempuh dengan sabar. Bila rasa sakit dan tak selesa, selalu mintak doa dengan Allah agar diberi kekuatan, semangat, tenaga dan kesihatan sepanjang mengandung ni. Ni lah pengorbanan seorang isteri dan ibu. Mengendong anak dalam perut selama 9 bulan 10 hari hingga dilahirkan. Rasa sanyang pada anak dalam rahim ni lebih dari diri sendiri even pernah juga terlintas kalau jadi apa-apa (Nauzubillah) b rela korbankan diri asal anak ni selamat. Begitulah perasaan seorang ibu. (Sedih pulak rasa intro ni).

Actually banyak yang nak dikongsi tapi setiap kali nak menaip, mood tak sampai so tinggalkan la dlu dekat draft box. Kebelakanganni dihadapi beberapa dilema tentang pemakanan dan persediaan sambut kelahiran baby.

Berat Badan Naik Mendadak
Bayangkan, berat b naik 5kg dalam masa sebulan. Terkedu kejap, terus check penimbang kat klinik tu kot2 ada ralat. Serius, memang tak pernah berat naik macam ni. Mungkin normal ketika mengandung. Tapi yang pelik 3 bulan pertama berat b just naik 4kg dlm masa 3 bulan padahal time tu memang selera makan kuat gile. Even kol 12.30pg makan nasi goreng, kol 5 pagi bancuh air milo + roti sebab tak tahan lapar. Last check up 1st June 2013, masa tu usia kandungan 19 minggu. Sebulan selepas mula ambil obimin. I dont know what the main factor that cause my weight naik mendadak macam tu. Padahal dekat 4 bulan preggy, dah hilang semua morning sickness b dah kurang makan. Just normal intake; 2x nasi (tak tambah pun), 2 kpg roti bakar pg, and 2 keping malam, buah, sayur-sayur, susu, soya. That's it!! 

Semalam duk chat dengan member (also preggy woman, anak ke 2), dia cakap suruh stop ambik obimin, and ambik Pramilet. Sebab Obimin boleh naikkan berat badan. Selamani just dengar Obimin buat baby jadi besar tapi sebab doc cakap tu semua cakap-cakap sahaja, so b ambik jugak la. Yang dilema nya ialah, betul ke Obimin tu yang jadi faktor naikkan berat b (and serius gemok sekarang), dan boleh ke kalau nak cakap kat doktor nak stop Obimin nak ambik Pramilet. 

Keperluan Baby
Setiap bakal ibu especially nak timang anak pertama mesti rasa excited nak beli barang baby kan? Ye laaa... 1st baby. Mesti fikir apa nak beli, nak beli kat mana, nak cari yang berpatututan, fikir budget, takut ada yang tertinggal dan bila nak mula beli kan?

Soal nak beli apa yang tu b tak risau sangat sebab b banyak survey blog-blog bakal mommy, so just copy paste je list diorg. Lagipun tak banyak beza. Cuma kena tapis balik mana yang perlu dan mana yang tak perlu. Tu je. Nak beli kat mana pulak dah ada beberapa kedai yang b nak pergi antaranya Pureen, Fabulous Mom, Manjaku Baby  Centre, dan SOGO. Hahaha.. ada gak b survey-survey kat mana ada buat Sale, so far xde lagi setakat ni. Plan nak mula beli awal bulan ni. Tak nak beli banyak lagi, sebab time tu baru 6 bulan kan. Just nak start beli ckit2 je dulu. Lagipun kalau beli sekaligus memang terasa la banyak. Cadang ngan hubby RM200 x 2 = RM 400 sekali shopping. Kira da banyak la tu kan. Hee.. Barang mama dia pulak last sekali. Tak banyak sangat kot. Checklist dan limit shopping penting untuk pastikan tak out of budget dan membeli ikut keperluan. So u olls, kalau nak mula beli masuk 6 bulan - 7 bulan tu dah boleh mula nak beli sikit2. Mana la tahu kot2 terberanak awal kan?? So sape susah?? Encik suami jugak yang susah nanti. Mana nak cekau semua barang-barang tu. Lagipun bila dah masuk 9 bulan mesti mama pun da tak larat nak jalan jauh, nak round shopping mall semua kan? It's better to us to prepare early. Tapi jangan terawal sangat tau!!

Hospital Bersalin
Swasta ke Kerajaan? Budget? Yang mana bagus? Doktor lelaki ke perempuan? Nurse ok tak? Mesti kebanyakan fikir macam tu kan? Bagi yang berduit dan mampu of coz akan pilih private hospital sebagai pilihan utama, tapi ada juga golongan sederhana yang memilih private hospital. Soal duit boleh dicari yang penting mahu yang terbaik untuk ibu dan anak. Betul tak? 

Pada b mana-mana pun ok. Gov hospital pun banyak yang bagus sekarang especially yang baru di upgrade la. Servise bagus, facilities banyak, bersih, ibu dan baby terjaga dan etc. Contohnya Hospital Sungai Buloh, Serdang dan Putrajaya. So far 3 hospital ni adalah hospital baru dan segala servis juga bagus. B pilih Hospital Serdang. 1st sebab kawan cakap servis dia bagus (sebab dia bersalin kat situ), 2nd tak crouded , 3rd masih baru.

Sebab plan nak bersalin kat Kelantan so we all decide nak g hospital kerajaan je. Hospital Tanah Merah. Lagipun wad bersalin kat sana baru je.. so memang fasilitinya masih baru. Ada gak survey KBMC, Pakar Perdana and USM tapi tu semua kat Kota Bharu. Lagipun klinik kat KL yang b follow up ni cakap kalau betul nak private hospital, kena buat surat siap2 and book kat sana. Kitorang duk KL, balik pun jarang-jarang so memang tak sempat nak g Kota Bharu. So, Hospital Tanah Merah je la k baby.

Bila Baju Dah Tak Muat
Haaaa... yang ni confirm yang mana perut besau memang dah xleh pakai baju lama dah. simpan je la jeans2 dengan kurung moden tu k. Pastu lepas bersalin tanam azam nak kurus baru leh pakai baju tu balik. Serius, b tak beli satu pun baju mengandung. sebab takut membazir, tak kan nak pakai baju kedut2 tu kan dah tak preggy. So b just beli blouse or top or dress yang leh pakai dua alam. Lepas preggy pun still leh pakai.

Agak2 ada dilema lain tak? Kalau b tu je kot buat masa ni. Semalam da bagitau hubby nak g shopping barang baby awal bulan ni. Heeee... hubby angguk. Tak sabar nya. Semoga Allah lindungan baby dan selamatkan segalanya.. 4 months left!







Pegang Badan Baby

Assalamualaikum..

Hi, morning. Just nak quick update. Still termengah-mengah panjat tangga ofis. Dah la park kete jauh sikit. Macam tu la mak buyung kan? Bila perut da makin besar, da mula rasa berat kat bahagian perut so jalan pun terkengkang-kengkang, terhoyong hayang, lambat pastu termengah-mengah. Kalau g shopping lak, jalan sikit mintak hubby stop dulu, rest kat bangku. Pastu mintak ais krim krim. Heee...

Ok, semalam b mintak izin hubby masuk bilik dulu sebab rasa tak selesa badan. Sakit pinggang and punggung. Duduk kat sofa tak selesa, duduk kat lantai tak selesa, menyandar kat hubby pun tak selesa. Pastu bila masuk bilik, nak baring pulak susah sebab rasa cam semput. Cuba menelentang, rasa cam tak leh nafas, pastu baring ke kiri rasa cam berat belah kiri, tukar posisi baring belah kanan lak. Tapi tak leh baring habis, terpaksa ke arah menelentang sikit sebab rasa cam ada sesuatu yang tertindih! ups! baby la.. dah mula rasa berat baby ke kanan and kiri bila kita ubah posisi.

Yang best nya semalam, b dapat rasa badan baby!!!!! hehe... kecik je. cam besar jari kita je. and pendek. tak tahu la yang tu lengan or betis dia. cepat2 jerit panggil hubby

b: "abang..... "
abang: "ada apa? sambil cepat-cepat masuk bilik sebab dia selalu risau kalau b sakit.
b: "abang nak rasa baby tak?" sambil ambik tangan hubby letak kat perut. kat bahagian atas pusat sikit.
     "rasa tak?"
abang: "aah, rasa... badan dia kot.. kecik"
b: "urmm.. b rasa bukan badan la.. maybe lengan or bahagian kaki dia kot"
abang: urm...

aik! cam tu je. pastu dia abang kuar bilik. frust jap. tak lama pastu abang masuk bilik balik.

abang: "leh rasa baby lagi tak?"
b: "aah, rasa lagi"

pastu abang duk usap-usap perut  b yang ada benjolan tu.. then abang cakap jangan tekan tau. sebab takut dia sakit. Heee.. sweet and comel kan? serius we all tak sabar nak tunggu baby ni keluar. si papa nya pulak hari-hari dok cakap ngan baby suh kuar cepat-cepat. karang duk panggil2 pastu tetiba datang terkedek-kedek kat tepi seram gak kan? heee..

Dah boleh bayang da pasni, tak keluar lagi hubby da janji nak beli itu dan ini. Nanti penuh la umah dengan mainan si kecik. Serius, u all kalau tak kawin lagi, kawin la cepat2. Tak de guna couple lama-lama. Kawin lagi best, bahagia tu rasa lain tau dengan couple. Cam kami ni bercinta lepas kawin, so banyak benda yang kitorang buat sama lepas kawin. Lagi rasa nikmat perkahwinan tu.

best kan kalau dapat bantal macam ni. siap leh lapik perut. mesti selesa sangan tido.

So mommies semua, kalau u all ada apa-apa cerita share la k. Tata..

Tuesday 4 June 2013

Suppliment Ketika Mengandung

Assalamualaikum..

Bakal-bakal mommies semua dah tentu mahukan yang terbaik untuk anak yang dikandung kan? Mesti nak kulit cantik, sihat, cergas, bijak, comel dan sebagainya. Tak lupa mahu dipermudahkan ketika bersalin, cepat sembuh dan kurang kesakitan. Maka, ramai la mommy2 to be ni yang ambik pelbagai suppliment untuk diri dan anak dalam kandungan. 

Pada b pulak, sepanjang kehamilan ni b just ikut cakap doktor. Apa yang doktor cakap perlu makan, b makan. And kalau ada terlintas kat kepala nak makan apa-apa akan tengok internet dan tanya doktor dulu.

ASID FOLIC


  • Ia dikatakan sebagai makanan otak dan berfungsi untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah.
  • Berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA, ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat.
  • Sangat penting untuk ibu mengandung dalam pembentukan sel saraf embrio dan fetal untuk pembesaran normal.
  • Sangat berkesan digabungkan dengan vitamin C dan B12.

Kesan kekurangan asid folic: 
  • Terjadinya spina bifida, kecacatan pada tulang belakang yang menyebabkan ia membenjol.
  • Pembentukan tempurung kepala tidak sempurna dan bibir sumbing.
  • Baby berisiko mendapat asthma.
Bagi sesiapa yang merancang untuk hamil boleh la ambil asid folic ni dan biasanya ia akan diberikan oleh doktor untuk 3 bulan pertama kehamilan.

B mula ambil asib folic selepas berpantang (keguguran anak pertama) dan bila disahkan mengandung b makan asid folic selama 3 bulan pertama kehamilan. So mommies, asid folic ni sangat penting and please jangan skip. Ia perlu makan waktu pagi, tapi kalau terlepas time jangan tinggal. Makan jugak untuk haritu okeh!

OBIMIN
Ni adalah dalam bentuk botol. Doktor bekalkan b obimin dalam pack plastik klinik tu. walau apa pun, kepentingannya tetap sama. boleh juga didapai di farmasi-farmasi ubatan berdekatan.

Obimin membantu ibu mengandung dalam menambahkan nutrisi kepada bayi yang dikandung. Obimin mengandungi Vit A, B2, B6, B12, C, D, B3, B5, Asid folic, Iron, Calcium, Copper dan Iodin. haaa.. banyakkan. Sebab tu la orang cakap obimin ni sumber nutrisi untu bayi. Semua pun ada. B start ambik obimin ni masa kandungan masuk 4 bulan. 

Sesetengan obimin rasanya pahit tapi yang dokto bagi dekat b tu manis, sedap. Hee.. so memang xde masalah nak makan.

NEUROGRAIN

Sumber asas Neurograin adalah Fish Oil iaitu mengandungi Omega-3, DHA, EPA, AA dan OA. sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Fish Oil ni dapat membantu lahirkan baby yang sihat, cergas dan pintar. Actually sebelum mengandung dan pada awal kehamilan, b dah ambik Fish Oil sebagai suppliment diet harian. B ambik Omega 3 Fish Oil Herbalife. Mula ambik Fish Oil ni untuk pecahkan lemak-lemak degil (lemak bahagian organ dan perut) selain tu untuk dapatkan kulit yang bersih dan cantik. Serius, masalah jerawat b diatasi dengan Fish Oil ni. Masuk usia 19 minggu mengandung, doktor suggest ambik neurograin ni sebagai suppliment untuk otak bayi. 

(Neurograin ni bau die hanyir, sebab dia kan minyak ikan. Bila bukak tudung botol mak aii memang terpaksa tahan nafas sebab kalau tak memang tak tertelan. Tapi sebab untuk kebaikan baby kan, so telan la jugak. Hee.. compare dengan Herbalife Omega 3 Fish Oil, Herbalife punya tak hanyir sangat. So kalau u olls nak guna produk lain pn boleh. Khasiat tetap sama. Kalau berminat nak dapatkan Omega 3 Fish Oil Herbalife boleh contact b okeh. Special gift untuk korang)

JUS DELIMA GIFFARINE

Yang ni b amalkan masa usia kandungan 3 bulan. Beli dekat toko jamu masa balik kampung haritu. Apa yang b perasan bila b minum jus ni ialah badan rasa sihat dan cergas nak laukan aktiviti harian walaupun sedang mengandung. Jus delima ni bestfriend b yang kenalkan. dia cakap sangat bagus untuk baby sebab nanti baby lahir kulit bersih dan kemerah-merahan. macam buah delima gituuu... hehe. so why not try kan? so far jus ni sedap sangat sebab rasa buah dia yang masam-masam manis. Harga RM 53 b beli. Harga asal RM 55 kalau tak silap. Minum just 2 sudu pagi, 2 sudu malam. Antara khasiat lain jus ni untuk ibu mengandung ialah:
  • Menstabilkan peredaran darah
  • Melindungi otak bayi dan ibu mengandung.
  • Kurangkan morning sickness.
  • Elak kekejangan kaki pada waktu malam untuk ibu mengandung. Yang ni maybe betul sebab sepanjang mengandung ni memang b tak pernah kejang kaki even siangnya berjalan jauh.
  • Elak risiko bayi sumbing jika kekurangan folic asid.
So tu antara kebaikan jus delima untuk ibu mengandung. Kalau nak tahu lebih khasiat2 lain boleh la google lagi.. hehe. Oh ya, bagi mereka yang merancang kehamilan boleh la cuba jus ni sebab antara khasiat buah delima ialah mengatasi masalah kemandulan.

SUSU
Macam semua orang tahu susu adalah sumber utama kalsium. B memang peminat susu dan susu feveret b adalah Dutch Lady Low Fat Milk. B suka campur susu ni dengan F1 herbalife. Last medical check up dengan doktor, b bagitahu yang b rasa sakit tulang punggung. Doktor rasa pelik sebab biasanya ibu akan mula rasa sakit tulang pelvis pada usia kandungan 8 bulan ke atas dan kalau anak pertama biasanya sakit ni akan datang agak lewat. so doktor cakap b mungkin kekurangan kalsium, so dokto nasihatkan minum susu 2x sehari. pagi secawan, malam secawan. dan hasilkan satu kotak besar susu Dutch Lady ni habis dalam masa 2 hari je.. huhuhu.. 

Selain tu b juga suka makan yogurt. cousin b suka makan yogurt masa preggy n anak dia lahir kulit putih bersih dan kurang sensitif. 

SOYA


haaa... yang ni confirm ramai yang minum time preggy kan sebab nak dapatkan anak yang putih melepak. heee... ada yang cakap kalau banyak minum soya nanti kulit anak jadi sensitif tapi pada b tak sebab tak semua macam tu. mak dengan mak mertua b memang duk suruh minum soya hari2 sebab nak cucu pertama diorang ni putih. heee... kalau ikut kulit mama dengan papa die jawabnye sawo matang la. hee.. tapi kan kulit papa masa blaja dulu cerah gak sekarang sebab keje tengan panas kot.

ok la, semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka kan? b pun macam tu. kita berusaha, selebihnya tawakkal la pada Allah S.W.T. selain suppliment2 ni semua jangan lupa amalkan surah Yusuf untuk anak yang elok rupa dan budi pekertinya, Surah Luqman untuk anak yang bijak dan beberapa surah amalan yang lain. Next entry b cerita pasala surah-surah amalan ibu mengandung pulak okeh.

daaaa... tq for reading.

Anak Lelaki ke Perempuan?

Assalamualaikum..

Hi.. setiap mommies to be mesti sangat excited nak tahu jantina baby dalam kandungan kan? Bukab ibu je, malah bakal ayah, atuk n nenek pun excited. especially pada mereka yang baru pertama kali menimang cahaya mata or bakal grand parents ni. Banyak jugak article2 dr blog2 bakal2 ibu yang b baca... tapi kebanyakan tips adalah lebih kurang sama. ok, b4 continue b nak cerita serba sedikit apa yang b alami sepanjang mengandung hampir 5 bulan ni.


  • b tak alami morning sickness yang teruk. masa masuk 8 minggu baru start loya dan muntah. tu pun cuma beberapa minnggu je. masa tu alahai memang Allah je tahu, makan tetap makan, tapi kalau dah terasa nak keluar memang habis semua isi perut. 
  • suka makan buah-buahan especially yang masam-masam. ni bukan b je, encik suami pun sama. kitorang leh habiskan buah kedondong sepinggan + asam boi sekelip mata je. buah epal memang tak miss. 3 biji sehari memang habis. purata at least sebiji sehari. so sebulan 30 biji! hehe
  • tak suka makanan manis except ice cream. yang ni memang hantu. tak mengandung pun memang feveret. heee
  • alah dengan bau persekitaran. bau org masak, bau orang, bau lift, semua jenis bau la. semuanya pun busuk. tapi mau masakan sendiri, bau suami ok. xde masalah.
  • pemalas nye Ya Allah.. 1st trimester asyik nak tido je. malas kemas umah, masak and etc.
  • kuat tido. 
  • malas nak berhias, bersolek dan seangkatan.
Yang ni pulak beberapa info yang b dapat dekat internet tentang nak kenal pasti jantina nayi dalam kandungan:



1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. (tengok cam bulat)

2) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan ( rasanya suka menghadap belah kiri..)

3) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan ( b rasa macam selalu belah kiri)

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu. (hahaha.. yang ni da cakap kan tadi. MALAS BERSOLEK) 

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan (yang ni memang selalu tengok. terang2 tak putus. straight jer.. tapi kan kenapa macam senget sikit? ada kaitan tak?)

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri.. (awal preggy haritu opismate cakap berseri2, tapi sekarang tak tahu nak cakap sebab tetiba je jerawat naik penuh kt muka. huhuhu)

so scan nampak ape??? heeee... yang tu rahsia. tunggu baby keluar nanti okeh. thanks sudi baca entry ni :)

Thursday 30 May 2013

Berpantang Selepas Bersalin

Assalamualaikum..

Aiii cik b, belom bersalin lagi dah cakap pasal pantang dah cik b?? Hehe.. Actually b sangat-sangat tak sabar nak bersalin. Even orang cakap sangat-sangat sakit InsyaAllah Allah itu Maha Besar. Setiap ujian yang diberikan itu dengan kesanggupannya. Allah ciptakan wanita begitu kuat untuk mengahdapi kesakitan ketika bersalin. Itulah kekuasaan Allah S.W.T.. selain dari tak sabar nak tengok muka baby kami, antara sebab lain yang buat b excited nak berpantang adalah sebab nak dapatkan kembali bentuk badan macam anak dara dulu. Eh silap, masa awal kahwin. Hee.. sebab masa anak dara b agak tembam, sebulan dua kahwin pun berisi lagi tapi lepas b keguguran anak pertama dulu dan jumpa satu produk yang sangat bestttttt so b dapat berat badan dan body shape yang macam anak dara. Even paha b pun turut shapping. Happy makkk.... hehe

Ok, entry kalini b tak nak cerita panjang sangat pasal produk sebab b just nak tunjuk apa produk yang b bakal gunakan ketika berpantang nanti. 

HERBALIFE
ini adalah produk nutrisi yang paling best dan selamat digunakan. Yang paling buat b yakin ia adalah bukan dadah atau campuran ubat ubatan. Ia terhasil dari lebih 55 zat dan vitamin yang di campur sekali dan sangat-sangat bagus untuk pengurusan badan. Yang ni b akan jadikan inner nutrition utama semasa berpantang nanti. Boleh ke minum herbalife time pantang? Boleh kak oiii.... dah ramai yang guna, berjaya dan terbukti. Even b sendiri pun pengguna herbalife. Sebelum mengandung dan mengandung pun memang minum. Best, berkhasiat dan mudah. Untuk produk review b akan cerita next time but for more info u all leh baca entry senior b tentang pengambilan produk herbalife semasa mengandung n berpantang. So ape lagi? nak kembali shape body lepas berpantang? gunalah herbalife. 


SET BERSALIN NONA ROGUY
rata-rata testimoni yang b baca tentang set bersalin dan berpantang, ini adalah antara yang mendapat sambutan baik. b sendiri tak tahu kenapa boleh tertarik, mungkin juga kerana penggunaanya yang dah terbukti dan period of time dalam dunia herba untuk ibu bersalin. Harga dalam linkungan RM290.. so far, b rasa berpatutan. kalau ada sesiapa yang ada pengalaman pernah guna set bersalin ni boleh la share dengan b ye. 

LOSYEN MUSTAJAB
ok, yang ni pula untuk kegunaan luar. so far, b sangat suka losyen ni sebab ada pelbagai pilihan dan sangat bagus untu hilangkan lenguh-lenguh badan. time preggy ni pun b guna jugak. 

If korang ada apa-apa info yang best untuk dikongsi sudi-sudilah ye share dengan b. now still tengah mencari-cari apa yang terbaik untuk digunakan ketika mengandung dan bersalin. Wassalam..

Camera Impian

Assalamualaikum..

Salah satu minat kami suami isteri adalah photography. En.suami memang ada belajar sikit pasal camera ni and sanggup beli camera dan lense yang mahal untuk dapat hasil yang memuaskan. Waktu bujang dulu kalau dia boring or free akan pergi mana-mana tempat yang menarik sorang-sorang semata-mata untuk ambik gambar. B ada jugak cadang dekat suami buat free lance cameraman, tapi entah, dia cakap ilmu tak cukup. Nak camera yang betol-betol canggih baru best katanya. So meh nak review sikit pasal camera-camera yang jadi pilihan kami. 

Nikon D7000

ni camera lama en.suami. masa kami mula-mula kahwin camera ni ada lagi. sempat la rakam gambar 1st honeymoon dekat Cameron Highland. but now en.suami da jual camera ni dekat kawan dia sebab nak beli camera baru. tapi sampai sekarang tak terbeli lagi. huhuhu...

Fuji Film X100 Special Edition

Fuh, kalau dapat yang ni memang best. Tapi camera ni totally manual dan just boleh ambik gambar je dan tak boleh video. Bulan lepas hampir-hampir terbeli dah, tapi tak jadi. Hurmm...

Canon 7D

Salah satu camera impian b dan suami. InsyaAllah target di hati nak beli sebelum baby keluar. So it's about 4-5 bulan lagi atau Oktober ni InsyaAllah dapat... heee.. so hopefully impian kami tercapai. kesemua camera ni agak mahal tapi InsyaAllah sempat kot nanti nak capture gambar baby banyak-banyak.

Hormon mengandung

Assalamualaikum..
Harini sangat awal post entry okeh, sebab perasaan harini rasa macam nak marah, geram, kalut, risau dan tak selesa. Kenapa? Tak tahu. Harini bangun sedikit lewat menyebabkan subuh gajah. Please jangan tiru perangai ni okeh. Actually semalam sakit tulang pelvis tambah lagi dengan batuk dan terjaga waktu malam, so bila baru dapat tido dengan nyenyak tebabas la jawabnya. Huhuhuhu...

Marah n geram sebab masa nak lintas jalan nak pergi beli topup ada driver yang selfish bawak kete laju. Langsung tak bagi peluang dekat ibu mengandung nak lintas jalan. Tak kira la, bangsa apa pun. But please driver2 semua, sila beri laluan kepada insan yang lebih memerlukan.

Kalut sebab tengok jam da dekat kol 9, hubby sms tanya dah sampai ke blom nak pass kunci umah. B memanh jenis macam ni, bila suami panggil j3 terus kalut sebab da tau dia tak suka menunggu. Heee...

Risau n tak selesa pulak sebab harini pakai baju kurung ke ofis. Baju ni da tak berapa boleh nak pakai da sebab da ketat bahagian perut, so bila duduk akan rasa sedikit stress kat bahagian bawah rahim. And tetiba masa mula2 naik kete td rasa macam sedikit sakit. Naluri keibuan b rasa baby tak selesa dan dia sedikit stress. So mula la risau. Baju2 yang dipakai sekarang pun rasa tak selesa sebab rasa semua da ketat. Huhuhu... abang.... please belanja baju. Huhuhu... so untuk atasi masalah stress bawah perut bila pakai baju kurung yg tak berapa nak muat, b akan tarik baju dan kaim ke bahagian atas sikit bila nk duduk dlm kete so that rasa selesa la sikit.


Cakap pasal hormon mengandung ni, setiap orang macam2 peel nya. Ada yang ok, xde ape2 pom sampai beranak tapi ada orang jadi hot temper 9 bulan. Hadoii... mtk jauh dengan hormon2 macam tu.

3 bulan pertama preggy, b jadi sangat malas nak bergerak. Nak bangun pagi, nak masak, nak kemas umah, nak lipat kain, nak pergi keje semua malas. Rasa nak baring je 24 jam. Mak ngn mama cakap kena aktif sikit nanti mudah bersalin. Tapi Alhamdulillah masuk bulan ke 4 dah tak jadi macam tu. Kembali normal. Now masuk minggu 19 tak tahu la kot2 nak jadi hormon garang pulak.

Antara perubahan lain yang b alami adalah:
Masalah kulit



Jerawat tumbuh dengan banyak dan juga buat b rasa tak selesa. 
Kulit di bahagian leher kehitaman. Bahagian nipple juga gelap. Tapi menurut info2 di internet yang b baca ni semua adalah perubahan hormon ketika normal dan ia dianggap normal. Semuanya akan kembali pulih selepas bersalin nanti. Ada juga yang cakap kalau leher dan nipple gelap maknanya anak lelaki. Hurmm tak tahu la betol ke tak. Tunggu lagi 5 minggu. Kalau ad rezeki scan 4D nampak jantina Alhamdulillah. Yang penting baby sihat n sempurna. Aminn...


Strech mark@selulit

seram tengok gambar ni.. (sumber: Google)

Ni hormon ker? Entah, yang pasti ini terjadi akibat regangan kulit. So far dah nak masuk 5 bulan ni perut b xrasa gatal atau strech lagi. Tapi kat punggung dengan paha mak aiii.... memang perlu cari solusi dong!



Malas make up
Ni satu lagi perubahan hormon b. Malas giler nak make up. Cuci muka je rajin, tu pun kalau balik kg tertinggal facial wash boleh buat tak tahu. Kalau sebelum ni, xde pencuci muka je mesti sibuk nak g beli. Keluar rumah pun kadang2 tak pakai bedak. Lipstik memang sangat2 jarang la. Hurmm... apakah ni?


So, itu je yang nak share pagi ni. Nak continue buat keje. K momies... bubai.

Rabun


Assalamualaikum..

comel je baby ni pakai spec kan? heee.. 

Rabun dalam bahasa mudahnya ialah penglihatan kurang jelas. Kebelakangan ni makin terasa nikmat penglihatan sedikit ditarik oleh Yang Maha Pencipta. Nak cakap b xmakan sayur atau buah memang silap la sebab b mmg hantu buah n sayur. Epal sehari boleh habis smp 3-4 biji, kalau sayur ngan ulam pulak en.suami kadang cakap macam "emmmbikk" dah. Hahaha..

Tapi mungkin sebab selalu mengadap computer setiap hari. Setahun pertama kerja xsangat sebab kebanyakan masa dihabiskan di site, but bila join oil n gas as procurement expeditor asyik ngadap computer je. Now tukar keje pn duk depan computer gak. En.suami janji nak belikan spec sebab die kesian bila tgk tv terpaksa duk dekat or kalau xjelas nak baca mesti kna tanya suami ape yg ditulis. Masalah yang sama bila drive, bila terlalu fokus memang dah xboleh nampak signboard kat depan. So kena mintak maaf awal2 dgn suami bila dh tak clear nk baca signboard. Kadang2 bila drive jauh2 kesian jugak dekat suami sebab kena drive sorang2 terutama malam padahal b boleh je drive.

So for solution, memang terpaksa buat spec. Tapi b ingat nak beli spec yg dekat uptown or downtown je. Banyak je yang design up to date. Murah. B xsuka nak beli barang mahal2 sebab rasa macam membazir je. Bukan tak pentingkan kualiti, tapi kalau spec tu lense tu yg paling penting, bingkai pakai brand ape pun xpe. Yg penting kanta tu elok n berkualiti, xrosakkan mata bila pakai. Banyak lagi benda2 lain yang penting perlu beli kan. Contohnya barang keperluan baby. Dah jadi bakal ibu ni dah mula fikir anak lebih penting dr segalanya. Tp suami yang utama. Itu adalah sebahagian tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Bila nak beli barang baby??

Now baru 19 minggu, tunggu masuk 7 bulan kot baru shopping barang baby. Kalau nak diikutkan 7 bulan tu bulan ogos ni. Kebetulan raya puasa, so mesti banyak sale time tu kan. Ape kata kite shopping time tu je. Boleh papa?? Heeee

Wednesday 29 May 2013

Alhamdulillah 19 Minggu

Assalamualaikum..

Adeihh... sakit pinggang duk atas kerusi lama-lama. Alhamdulillah harini genap la usia kandungan b 19 minggu. Kadang-kadang rasa cepat masa berlalu, ye la pejam celik pejam celik da masuk 19 minggu. Lebih kurang 4 bulan 4 minggu baby berada dalam perut. Garisan hitam menegak semakin jelas kelihatan.Satu hari En.suami tanya "aik, kenapa garisan tu belok. Dari bawah pusat straight, bila melepasi pusat sedikit ke kanan.
Hurmm yang tu b xde jawapan. Tak de la pulak jumpa dalam internet pasal garisan ni belok. Yang tau, garisan ni akan jelas kelihatan bila baby makin membesar dan akan perlahan-lahan hilang selepas bersalin. 



Apakah garisan hitam itu?
"Linea nigra (garis hitam) adalah garis vertikal berwarna gelap yang terlihat di perut ibu selama kehamilan. Garis ini dapat membentang mulai dari ujung bawah tulang dada (prosessus xyphoideus) hingga tulang kemaluan (pubis). Linea nigra timbul akibat peningkatan produksi pigmen melanin terkait peningkatan hormon estrogen pada ibu hamil.
Linea nigra umumnya timbul sekitar trimester kedua kehamilan, jadi pada masa ini anda akan mengalaminya. "

Menjelang minggu ke 19 ni satu lagi perubahan yang dirasa. Selain tengok perut makin memboyot@membesar, sehari dua ni juga b alami masalah sakit tulang punggung. Awal kehamilan dulu ada gak rasa, tapi cuma sikit. Urmm rasa macam kita sakit tulang punggung bila duduk atas permukaan yang keras. Tapi sehari dua ni rasa sakit yang berlainan. Jalan pun rasa sakit. Otak memberi isyarat mungkin tulang punggung meregang untuk bagi ruang pada baby yang sedang membesar. Pakar babycenter menjelaskan:

Sakit tulang belakang dan pelvis adalah salah satu dari kesan kehamilan. Kalau mommy2 semua perasan, bila kita berdiri depan cermin, kita akan perasan yang belakang pinggang kita melekuk. Bila kandungan makin membesar, lekukan ini akan lebih jelas dan akan menyebabkan ibu mengandung kelihatan seperti membongkok ke belakang. Namun tak semua akan mengalami proses ini kerana ada juga wanita yang merasakan belakang mereka semakin rata terutama jika kandungan tidak memboyot ke hadapan.

Sebenarnya, perubahan ini bukan disebabkan oleh postur badan anda@dalam erti kata lain bentuk tulang. Tetapi hal ini terjadi kerana otot-otot yang mengembang ketika kehamilan. Otot-otot ini terpaksa menyesuaikan diri diri dengan perubahan bentuk badan dan ia berfungsi untuk menyokong sendi2 pada bahagian belakang dan pelvis. Bila uterus semakin membesar maka tugas ini makin sukar dan ibu2 akan mengalami sakit belakang.

Tentang tulang punggung pulak@pelvis, ia tidak dilindungi seperti belakang. Ia lebih banyak bergerak dan menerima kesan hormon kehamilan iaitu estrogen dan relaksin. 

Estrogen - Estrogen adalah salah satu dari kelompok hormon steroid yang diproduksi olehovarium, plasenta, kelenjar adrenal dan, dalam jumlah kecil, oleh testis laki-laki. Estrogen menyebabkan perkembangan karakteristik seksual sekunder (misalnya payudara, pinggul lebih besar) pada remaja putri dan terlibat dalam pembangunan kembali lapisan rahim setelah menstruasi. Estrogen juga berperan dalam penyerapankalsium dan keseimbangan. Penurunan estrogen pasca-menopause pada perempuan mengakibatkan demineralisasi tulang dan osteoporosis, serta gejala-gejala menopause lainnya. Senyawa mirip estrogen juga dibentuk oleh tanaman-tanaman tertentu (disebut fitoestrogen).

Hormon2 ini akan membuatkan tisu-tisu keras yang menyambung tulang2@ligamen menjadi lebih anjal. Ini salah satu sebab kenapa kita sakit tulang pelvis@punggung. Heee... 

Ok, jom kita tengok perkembangan baby di usia 19 minggu. 

  • Rahim sudah mencecah pusat dan akan membesar lebih kurang 1cm/minggu. Ukuran fetus lebih kurang 6 inci@15 sentimeter panjang dari kepala ke punggung dan berat sekitar 240g.
  • Fetus mula menelan cecair amnion dan ginjal akan terus keluarkan kencing. Rambut atas kepala mulai tumbuh.
  • Semua deria mula berkembang; rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh. Penghasilan sel-sel saraf semakin perlahan kerana sel saraf sedia ada mula berkembang menjadi lebih kompleks. Jika kandung itu perempuan, telur sudah mula terhasil dan mula mencecah 1 juta telur menjelang kelahiran!
  • Ibu akan merasa pergerakan bayi dalam kandungan; tendang, berpusing, tunggang terbalik. Ini kerana bayi sedang membesar.Ada masanya jika dia terlalu aktif, ibu mungkin tidak dapat tidur.
  • 10 minggu ke hadapan ini, bayi akan sangat aktif dan akan mula menurun bila ruang rahim semakin sempit.


Hurm tak sabar rasanya tunggu 24 minggu sebab pada usia kandungan masuk 6 bulan, 3D dan 4D scan dah boleh dibuat. Tinggal 5 minggu lagi. Semalam tengok video 4D scan baby kawan, dah nampak jelas muka baby dalam perut. Tapi kesian sebab bila tengok dia bergerak, b rasa macam ruang-ruang dalam perut tu sempit sangat untuk dia. SubhanaAllah, Allahuakbar. Begitu besar ciptaan Allah S.W.T... menciptakan manusia dalam manusia. Bagimana Dia memberi kehidupan dari benih yang kecil, membesar dan ditiupkan roh. 9 bulan 10 hari hidup dalam alam rahim.