Jom Shopping Barang Baby Murah kat Sini (click gambar untuk ke website)

Sunday 12 May 2013

Cerita Ibu Mengandung : Rasa ketika mengandung

Assalamualaikum..

Malas giler rasa pagi nih. Semalam tak boleh nak tido. Rasa kaki tangan kebas je, pastu perut rasa sakit sikit kat bahagian bawah. Serius, tiap kali sakit perut aku akan terfikir pasal baby. Risau, bagaimana agaknya keadaan dia di dalam rahim aku. Hurmm... tapi tiap kali itu juga aku akan berdoa semoga Allah memelihara anak dalam kandungan aku ni. Pernah sekali masa tu usia kandungan 9 minggu kalau tak silap, aku sakit perut berkali-kali. Mungkin juga sebab baby baru nak membesar, aku risau. So aku ajak suami ke klinik untuk check up. Alhamdulillah baby ok, mungkin rasa sakit tu tekanan dari rahim yang nak membesar. Sepanjang mengandung kalini, banyak perkara yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Macam-macam. 
  • pening, loya, muntah (pening tu masa awal2 mengandung da rasa, cuma loya dengan muntah masuk 8 minggu baru aku rasa. masa tu memang xboleh nak cakap. kadang2 sehari 3x aku muntah. 

  • penat (yang ni selalu...yang menyebabkan aku rasa sangat malas)
  • malas (uh... tidak... mengandung kalini aku memang jd pemalas giler. rasa nak baring je.. masuk 8 minggu sampai minggu ke 14 kot aku sangat malas. dah la time tu xkeje, lepas je encik suami g keje, aku sambung tido. kadang2 terbabas sampai kol 10.30pg. pastu baru nak terhegek2 kemas umah and masak makan tengahari. now perasaan tu dah kembali normal)
  • perut (senak, sakit berdenyut di bahagian bawah, mengeras)
  • lapar yang amat (aku lapar setiap 3-4 jam ok! 3-4 jam! bayangkan setiap 4 jam tu la aku akan makan nasi atau paling tidak milo panas cicah roti. so mana tak naik berat aku. 3 bulan setengah aku preggy aku naik 4 kilo. oh tidak!!! masuk minggu ke 14 selera makan aku mengurang. hanya lapar time2 tertentu je contoh kalau lewat makan or aku makan terlalu sikit. even aku lapar, tapi aku tak makan banyak. makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap)
  • tak boleh tidur (yang ni biasanya sebab tak selesa, lapar dan sakit perut -mengeras.. urmm baby meregang kot) 
  • Mengidam (haaa... yang ni memang mengada2 okeh. 1st yang aku mengidam ialah nak makan nasi berlauk ikan aya@ikan tongkol yang mak masak siap bungkus dengan daun pisang. hahaha.. yang ni memang mengada. time tu aku tak tahu lagi aku preggy, tapi period da lewat kot time tu. tak rasa pape ag, cuma mengada2 nk makan asam ngan mengidam nasi berlauk tu je)
  • Demam (yang ni aku tak. hubby aku yang demam seminggu lebih gak. dia tak pernah demam lama cam tu. biasa kalau demam kejap je, pastu kebah. this time memang lama siap ambik mc. teruk gak time tu. kalau duk sebelah memang rasa bahang. kesian abang.. urmm xpe la, pembawakan budak. anak papa)
  • Makan asam (yang ni sangat banyak.. kuantiti banyak. masa balik kampung sebelum tahu aku preggy tu aku tengok abang pun makan asam pelik. sebab dia makan buah kedondong banyak time tu. sampai adik ipar aku pun tanya "kak b, bakpo abe make asam banyak sangat. kak b ngandung ko?".... hahaha mana la tahu dik oiii.. time tu memang tak tahu ag aku mengandung. rupanya abang demam dengan dia makan asam banyak tu pembawakan dah rupanya. hehe)
  • Mabuk (yang ni aku rasa bila bau sesuatu. especially bau busuk. aku tak de masalah dengan bau suami, bau masakan. biasanya ada orang tak boleh bau ni kan. tapi aku tak boleh bau sekeliling. aku tak boleh bau asap rokok, asap kereta, asap orang sedar membakar, pastu bau2 sekeliling pun memang aku tak suka. bau pelik sikit je aku akan loya dan muntah)

Hurmm tu lah antara yang aku rasa sepanjang mengandung kalini. Aku tak tahu orang lain yang mengandung rasa macamana.. cuma mungkin ada yang sama and ada yang tidak. ada orang alami alahan yang sangat teruk sampai masuk hospital, sampai langsung tak boleh nak bangun. tapi aku Alhamdulillah... rasanya tak teruk sangat. biasa2 je.. lepas masuk 16 minggu ni Alhamdulillah keadaan makin ok. 

Pape pun, saat mengandung ni sangat indah even macam2 rasa. Banyak kelebihan ibu mengandung. Untuk suami "Terima kasih kerana banyak membantu, menjaga dan memanjakan b selama mengandung ni. Thank you so much sayang"


Ye lah, dulu tak sempat nak rasa, masuk usia kandungan 5 minggu fetal dah tak grow. aku hanya dapat detect pada minggu ke 8 bila berlaku pendarahan... kandungan ku gugur. Hanya Allah yang Maha Mengetahui setiap kejadian itu... dan 4 bulan yang lepas, Alhamdulillah aku disahkan mengandung. Dan ini baby ke dua ku. Alhamdulillah....

Doakan semuanya selamat. Thanks for reading :)



1 comment: