Jom Shopping Barang Baby Murah kat Sini (click gambar untuk ke website)

Thursday 23 May 2013

Tips Kurangkan Alahan@Ketidak Selesaan Ketika Mengandung

Assalamualaikum..

Entry ke-2 untuk harini sebab tetiba datang mood nak menulis+tak de orang kat office+banyak idea.. Okeh, sepanjang mengandung ni sama macam mommy to be yang lain jugak, b juga alami alahan dan ketidak selesaan ketika mengandung. Actually alahan@tak selesa ni depends pada setiap orang. Ada orang yang alami masalah alahan yang sangat teruk sampai terpaksa masuk wad dan ada orang kekal aktif dan cergas sepanjang 9 bulan 10 hari mengandung. Apa-apa pun ini semua adalah datang dari Allah sebagai ujian kepada bakal-bakal ibu. Next entry b akan ceritakan tentang kelebihan ibu mengandung.

Terdapat beberapa jenis alahan@ketidak selesaan yang dialami iaitu:

Masalah: Mual atau muntah


Punca: Ketidakselesaan terjadi akibat kehadiran hormon beta HCG yang bertindak balas pada bahagian otak. Kebanyakan kehamilan mengalami masalah ini di antara minggu ke-8 hinggake-12. Namun, ada yang berlarutan sehingga minggu ke-20.

 Cara Mengatasi :
1.Makan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit - hohoho saya sangat lapar. lapar setiap 4 jam, tapi hanya makan dalam kuantiti yg sedikit. makan banyak akan muntah balik.
2.Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak.
3.Makan lebih buah-buahan yang tinggi potassium seperti anggur dan pisang atau    minum air kelapa - b selalu makan epal merah@hijau
4.Elak minuman berkarbonat dan berkafein kerana ia boleh menambahkan rasa loya.
5.Jangan ambil jeruk atau asam sebab ia mengandungi banyak asid, garam, perisa dan   pewarna tiruan.
6.Jika berterusan perlu ambil ubat tahan muntah seperti Maxalon atau Ancoloxin. 


(B mula alami masalah mual&muntah ni masuk 8 minggu kehamilan. B4 that time memang ok je, cuma kepenatan. But start 8-14 minggu tekak ni memang sentiasa rasa tak selesa. Biasanya akan muntah waktu nak gosok gigi dan perut kosong. Kalau tahan lapar lama sangat dan kemudian makan memang makanan tu akan lonjak keluar balik. Nak minum air limau takut bahaya sebab berasid, so yang b amalkan adalah minum Herbalife Aloe Concentrate. Extract Aloe Vera ni sangat bagus untuk hilangkan rasa loya, legakan muntah dan atasi masalah sembelit ketika mengandung. Seriously, sepanjang mengandung b tak pernah sembelit. Membuang okey je.. lawas. 



tadaaa.. ni la rupa Herbalife Aloe Concentrate. Ia bertindak dengan memcuci usus kita dan memperbaiki penghadaman serta membantu penyerapan nutrisi oleh badan. Time preggy kan kita perlu nutrisi dan segala zat2 untuk ibu dan bayi, so Aloe Concentrate ni sangat2 bagus untuk pastikan makanan yang kita makan itu dapat diserap hingga 70%. wow!!! Kalau nak cuba boleh PM@sms b 013-6621169. okeh.


Masalah: Sembelit atau kembung perut

Punca: Masalah ini kerap berlaku di awal kandungan akibat peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan peristalsis usus menjadi perlahan. Oleh kerana itu jugalah angin di dalam badan sukar dikeluarkan.

Cara Mengatasi :
1.Minum air mencukupi minimum 6 - 8 gelas sehari.
2.Ambil serat mencukupi terutamanya sayuran yang berdaun hijau.
3.Elakkan sayuran berkacang kerana ia boleh menghasilkan gas di dalam usus.

(sama macam loya, b amalkan minum Herbalife Aloe Concentrate untuk atasi sembelit dan kembung perut)



Masalah: Sakit belakang atau pinggang

Punca:
Berlaku akibat penyesuaian badan dan tulang belakang terhadap perubahan pusat graviti tubuh. Selain itu, ligamen yang makin meregang menambahkan lagi kesakitan.

Cara mengatasi: 
1.Menjaga posisi tubuh ketika duduk, berjalan dan berdiri. 
2.Menggunakan kaedah yang sesuai ketika mengangkat sesuatu barangan yang berat. 
3.Lakukan urutan yang perlahan di bahagian bermasalah.

(selain dari cara di atas, b juga amalkan sapu Losyen Mustajab Delima. Actuall ada banyak perasa/bau Losyen Mustajab ni. Depends pada u olls suka bau apa. Pada b, b lebih suka bau delima ni sebab harum dan tak terlalu menyengat macam bau minyak urut yang berangin tu. Nanti xde la husband tak selesa dengan bau losyen kita ni kan?? 


Masalah: Pedih ulu hati

Punca:
Kehamilan menyebabkan asid di dalam perut lebih banyak daripada biasa. Keadaan rahim yang makin membesar menekan perut memenuhkan rongga abdomen, menekan asid perut kembali ke esofagus membuatkan rasa pedih di dada. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progesteron yang meningkat. Oleh kerana hormon ini mengembang, melonggarkan dan meregangkan otot, jadi asid mudah naik ke esofagus.

Cara mengatasi:
1.Tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan malam.
2.Keadaan tidur perlulah dalam separa duduk dan bukannya menelentang.
3.Jika berlanjutan, perlu ambil antasid untuk melegakannya.

(antara lain yang korang boleh amalkan adalah minum air suam banyak-banyak. So far setakat ni b jarang sangat alami pedih ulu hati ni sebab punca utama pedih ulu hati adalah kerana kandungan asid dalam perut. Mungkin sebab b selalu amalkan Aloe Concentrate, so masalah ni jarang sangat timbul pada b. Hanya sekali@2x je kot. Tu pun kejap je. Then bila terasa terus minum Aloe ni)

p/s: so far, tu antara tips yang dapat b kongsi dengan korang. Remember, apa pun yang kita rasa semasa mengandung ni adalah kerana segalanya datang dari Allah. Banyak kelebihan ibu mengandung ni dan salah satu manafaat yang sangat besar adalah Allah mengahapuskan segala dosa-dosa kita. So, jangan berhenti berdoa agar Allah sentiasa memberikan kita kesihatan dan tenaga untuk kita mengandungkan anugerah dan amanah Allah ini. semoga bayi kita lahir dalam keadaan sihat dan sempurna. InsyaAllah... :)




3 comments:

  1. Salam dear, nak tanya, losyen mustajab tu sapu kt blkg pinggang ke? Xde efek kt baby ke dear?

    ReplyDelete
  2. wauu, info yg sangat menarik. oh yea, saya cdangkan anda untuk mengambil suppliment bagi membantu anda mengatasi alahan mengandung ni. jangan risau, suppliment ni TANPA BAHAN KIMIA, 100% semulajadi taw.
    kalau anda nak saya tlg anda, boleh hubungi 0105734036 atau lawat blog saya, https://ceqfieqa.blogspot.my/2016/07/menghilangkan-alahan-mengandung.html

    ReplyDelete
  3. The Wynn Hotel, Casino & Spa - JAM Hub
    The 광명 출장안마 Wynn Hotel, Casino & Spa is a boutique hotel 성남 출장마사지 in Las Vegas, Nevada. The hotel's 2866 제천 출장샵 square foot 태백 출장샵 gaming space features 890 의정부 출장안마 gaming machines

    ReplyDelete