Jom Shopping Barang Baby Murah kat Sini (click gambar untuk ke website)

Wednesday 22 May 2013

Cerita Ibu Mengandung : Alhamdulillah 18 Minggu Sudah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah harini gerap 18 minggu kandungan b. Kejap je rasa masa berlalu. Harini tengok kat cermin perut da makin besar. Tak lagi nampak kembong kat bawah je. Dah buncit dari atas. Bila nk sujud time solat @nak tunduk ambik apa-apa kat bawah, terpaksa kengkang sikit untuk bagi ruang pada perot yang memboyot. Rasa sayang sangat kat baby dalam perot ni. Kebelakangan ni, kalau duk diam akan rasa macam ada hentakan kecik dari dalam perot. Rasa macam kena jentik lembut. Sukar nak nyatakan rasa tu macam mana. Hanya ibu yang mengandung yang tahu. 

Harini masuk hari ke 3 demam. Hari pertama rasa penat dan sakit kepala. Semalam asyik tido je, kepenatan, sakit tekak, sakit sendi dan sakit kepala. Badan tak panas sangat. B baca dalam internet, semasa mengandung tahap imunisasi badan ibu menurun. So mungkin mudah dijangkiti demam, batuk dan sebagainya. Alhamdulillah ada suami yang sentisa memahami dan menjaga. Kalau lenguh-lenguh badan, sakit pinggang@tulang punggung abang akan urut. Syukur Ya Allah... Dia suami yang bertangung jawab. 

Kalau dulu tak ada masalah nak turun tangga dari tingkat 14, berjalan laju ke sana ke sini, round shopping mall tanpa kepenatan, menjengket jemur kain di ampaian dengan ruang yang sempit semua tak de masalah. But now, jalan beberapa meter terpaksa berhenti rehat di bangku, jalan kena perlahan, nak jalan ke tempat parking kete pun termengah-mengah, baju terpaksa sidai di ampaian gantungan tak pun mintak tolong suami hang di ampaian sebab perut dah terkena mesen basuh dan kadang-kadang rasa urat-urat perut tertarik bila nak sidai pakaian. Dan beberapa harini b mula rasa cara jalan b mula berubah. Sedikit mengengkang. Urmm penah tengok orang mengandung jalan tak? Terhoyong hayang. B rasa macam tu la. 

LAT?? Ni nama abang yang bagi. Abang cakap muka b bulat, hidung kembang (memang kembang pun, tak tahu kenapa bila preggy hidung makin kembang), nadu pun dah 2 (yang ni b tak notice sangat sebab bila tengok cermin nampak muka je bulat), jerawat makin terok. OH TIDAKKK!!! But seriously, yang ni paling teruk rasa. Rasa nak tengok cermin pun malas. Rasa stress bila tengok jerawat ni. tapi orang cakap kalau buat tak tahu lama-lama ok la. Kalau makin tengok, makin telek makin teruk. Ye ke? baca-baca article dalam tenet cakap masalah kulit@jerawat ketika preggy ada;ah normal. Terutama bagi mereka yaang ada masalah jerawat ketika remaja. Kalau awal kehamilan tak naik, so kemungkinan besar anda tak akan alami masalah ni sepanjang kehamilan. Hopefully, lepas bersalin segalanya menjadi normal. 

Pakaian?? Yang ni of coz kalau dah perut, punggung, paha sume da mengembang of coz baju sume da tak muat. B tak beli pun baju mengandung. Now still pakai baju yang ada. Cuma pakai yang saiz besar sikit sebab nak muat perot. Actually lebih selesa pakai skirt. Tapi ada satu je skirt yang betol2 selesa pakai buat masa ni sebab die jenis stretch bila pakai. Yang satu ag jenis denim, baru je beli saiz M rasanya pasni dah tak leh pakai kot sebab die jenis bergetah sikit. Tunggu gaji, abang cakap nak belanja baru preggy. Tapi tak nak la baju preggy yang jenis kedut2 macam orang dulu2 tu. Nak cari yang modern sikit. Haritu ada gi survey jubah, badan n perot da muat tapi bahu n lengan lak besau. Sebab b ni jenis kerangka kecik. Hurmm..

Ok la, jom tengok perkembangan baby usia 18 minggu.  



Panjang bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion. 

Skan ultrasound semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa skan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkokluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda mendapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya. 

Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas dan boleh dicamkan. Jika kandungan anda lebih dari satu bayi, rujuklah bahagian tentang kembar dua atau lebih. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

sumber: http://www.babycenter.com.my

No comments:

Post a Comment