Jom Shopping Barang Baby Murah kat Sini (click gambar untuk ke website)

Wednesday 26 June 2013

Perlunya Scan/Ultrasound Kandungan

Assalamualaikum..

Masuk harini genaplak 23 minggu usia kandungan bie dan selama itu juga lah ke hulu ke hilir bawak baby dalam perut ni. Macam-macam pengalaman dah selama hampir 6 bulan ni. Actually bie sangat-sangat tak sabr nak tunggu 6 bulan lebih or 7 bulan. Kenapa?? Sebab nak buat 4D scan. menurut doktor Klinik Perdana, Sungai Besi yang selalu bie refer tu dia cakap masuk 24 minggu ke atas dah boleh buat 4D. Lagi elok kalau 6 bulan ke 7 bulan tu sebab baby dah besar. So kita leh tengok baby dengan jelas. InsyaAllah... 
Ada orang takut nak scan baby banyak kali. Takut ada effect katanya. Mula2 bie fikir macam tu jugak, sebab terpengaruh dengan kata-kata orang kan, tapi setelah dirujuk kepada yang pakar (Doktor) actually xde effect pun, malah banyak kelebihan ultrasound ni. Antaranya ialah melihat kedudukan bayi supaya berada dalam kedudukan yang betul dan mengesan sebarang ketidak sempurnaan pada kandungan. 



Apa perlunya ultrasound?
  • Sesetengah embrio membesar di dalam tiub fallopio dan bukannya di dalam rahim seperti sepatutnya. Ultrasound membantu doktor mengesan serta merawat kehamilan di luar rahim sebelum ia membahayakan kesihatan.
  • Dengan mengetahui usia bayi juga, doktor boleh menentukan dengan lebih tepat tarikh bayi dijangka lahir sekali gus membolehkan masa-masa penting sepanjang kehamilan itu dijejaki.
  • Sekiranya doktor mengesyaki kandungan lebih dari satu (kembar), ultrasound boleh memastikannya.
  • Doktor juga akan menggunakan ultrasound untuk memastikan sama ada bayi membesar normal - dengan memantau pergerakan bayi, pernafasan dan degupan jantungnya.
  • Sementara itu, segala masalah dengan uri yang memerlukan perhatian juga boleh diselidiki. Ini penting kerana uri membekalkan bayi dengan sumber pemakanan serta darah yang kaya dengan oksigen.
  • Sekiranya berlaku pendarahan atau lain-lain komplikasi, doktor akan melakukan penyiasatan lanjut menggunakan ultrasound.
  • Ultrasound turut dijadikan panduan untuk menempatkan jarum suntikan semasa ujian-ujian pranatal.
  • Misalnya, memeriksa sampel cecair amniotik bagi masalah-masalah genetik tertentu (amniosentisis) atau menguji contoh plasenta (uri) bagi keabnormalan genetik (pensampelan vilus korionik).
  • Akhir sekali, ultrasound membantu doktor mengesan sebarang kecacatan yang mungkin berlaku kepada bayi di dalam kandungan.
  • Diagnosis awal boleh mendorong kepada rawatan segera yang boleh menyelamatkan bayi dan ia boleh dikesan sebelum kandungan masuk minggu ke-20.

Antara kecacatan yang mungkin berlaku
* Hidrosefalus; masalah kepala bayi yang membesar
* Anensefali; ketiadaan tulang-tulang (separa atau lengkap) pada bahagian belakang tengkorak
* Spina bifida: kecacatan perkembangan bayi baru lahir dan sebahagian daripada korda spina serta salutan-salutannya terdedah melalui celah tulang belakang. Ia boleh didiagnosis kira-kira minggu ke-16 kehamilan melalui ujian cecair amniotik.
* Sumbing bibir dan lelangit
* Penyakit jantung kongenital (sejak lahir)

** Malam semalam suami tak lena tidur. Panas katanya. Kol 3 pagi kejut baby dalam perut cakap "baby, bangunla... papa nak main ngan baby ni", yang mamanya pulak tengah mamai. Suami letak kepala kat perut, lepastu.... "dush!" heeee baby kick kepala papa dia.
Sedang abang duk cakap ngan baby, bie duk senyum sorang2. Mata xleh nak bukak sebab ngantuk, tapi mulut bcakap. Lepas baby kick 4-5x, papa dia suh tido. Tapi baby kol 3 pagi aktif, duk main tendang2 ag. Tak pepasal papa dia pujuk suruh tido balik. Dan lepastu tetiba mengeras. Mama dia pulak yang terjaga sebab rasa sakit n penuh perut bila baby mengeras. haaa.. pandai kejut sangat. Dah pujuk2 lepas tu baru ok dan dapat tidur lena. Pengalaman mengandung, sangat indah. Syukur Ya Allah.. Semoga anak ini lahir dalam keadaan sihat dan sempurna.

No comments:

Post a Comment