Jom Shopping Barang Baby Murah kat Sini (click gambar untuk ke website)

Monday 24 June 2013

Buah Delima Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog kan? Ada je idea nak menulis tapi bila bukak terus kehilangan ayat. Harini pagi2 lagi masa drive nak datag office da fikir nak update blog. Sampai office terus bukak dashboard ni. Hee.. Actually bie puasa harini. Pagi tadi bangun sahur kol 5.15pagi. nasib baik nasi da masak siap2 masa nak tidur semalam. Bukan apa, takut jadi macam semalam. Da niat nak puasa Nisfu Syaaban, jatuh hari Isnin pulak tu. Tapi bangun lewat, nak sahur ngan nasi, tapi nasi tak masak lagi. So ambik maggi sedap goreng tu. Masa tengah rendam terfikir, kesian kat baby kalau mama dia makan maggi kan. Kebetulan suami terjaga time tu, mintak air milo. Suami bie cakap tak yah puasa la, better makan nasi. Nanti takut baby dalam perut lapar kalau makan maggi je. Hurmm ok. So terlepas la Puasa Sunat Nisfu Syaaban. Ruginya.... :(

Panjangnye intro kan? Hee... Ok, actually nak cakap pasal buah delima. Bie nak share sikit dekat2 mommy to be semua pasal buah delima ni. Kenal tak buah delima?? 

Tadaaa...ni la buah delima. 
Alkisahnya macam ni, disebabkan terlalu ramai orang bercerita tentang khasiat buah delima dan disyorkan oleh ramai termasuk kawan baik bie, so bie pun teringin sangat la nak makan buah ni. Sebelum ni bie penah bagitahu kan yang amalkan minum jus delima, bie ambik brand Giffarine. Sangat sedap sebab memang rasa pure buahnya. Brand lain bie tak cuba, tapi brand ni memang kawan bie syorkan then memang tengok baby dia kulit putih dan gebu. Disebabkan keinginan itu, kitorang puan pegi lakedai buah dekat Pekan Sungai Besi. 

"Bang, buah delima ni berapa sekilo?", tanya suami.
"RM 7 sebiji,"penjual.
"Makkk aiii RM& sebiji?? Mahalnya! serius memang terkejut.
"Murah da ni dik. Kat HERO sebiji RM10, tak caya pergi la. Isi dia manis, sedap. Buah import ni", hurmm ye la bang... kalau da nak jual kan. Macam-macam. tapi serius bie bagitau kedai buah kat Sungai Besi ni agak mahal bagi bie. Better pergi Tesco or Hero. Bukan nak tutup periuk nasi orang tapi memang betul mahal. Bila post dekat fb, member cakap memang buah ni mahal kat KL. Kalau Pasar Malam kat Kelantan leh dapat 3biji/RM10. sangat murah kan?? 
So, even mahal suami cakap ambik la juga sebiji sebab nak makan kan. Balik umah, belah waaahhh memang  cantik isi dia. Merah delima gitu.... cam permata delima pulak. Actually ni 1st time bie makan buah delima, xtahu pulak isi dia memang sedap. Macamana nak cakap ea, rasa dia macam limau bali yang besar tu. Haaa lebih kurang la. Tapi delima ni sedap lagi. Memang ralik duk makan buah ni sebab isi dia kecik2 kan? Suami pun suka. 

INFO :-

Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Antara khasiatnya adalah :-

  • MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
    • Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
  • DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 
    • Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
  • MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
    • Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
  • MERANGSANG TENAGA BATIN
    • Jus delima kya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
  • MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
    • Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
  • MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
    • Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".
  • MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
    • Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
  • MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
    • Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
  • DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
    • Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
  • MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
    • Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
  • MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
    • Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
  • MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
    • Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
  • MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
    • Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
  • MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
    • Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
  • DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
    • Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
    • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
    • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
    • Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
    • Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
  • MELINDUNGI OTAK BAYI
    • Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
  • LAGI KHASIAT DELIMA :-
    • Melawan penyakit gaut
    • Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
    • Merawat 'sinus'
    • Meningkatkan tenaga
    • Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
    • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
    • Menormalkan fungsi hati
    • Menstabilkan peredarah darah
    • Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
    • Mencuci darah kotor

TAHUKAH ANDA?

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga sebagaimana firman Allah :
( Q : 55: 68 ) Maksudnya : "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta phon-pohon kurma dan delima.

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tig akali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil bejus segar, manis masam rasanya.

Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang cina misalnya menyajikannya sewaktu perkahwinan kerana di anggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal kerana pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula,pokoknya malar segar. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.


PENTINGNYA WANITA MENGAMALKAN BUAH DELIMA :-

  1. Menegangkan payudara
  2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
  3. Mencerahkan kulit
  4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
  5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
  6. Merapat dan mencegah kanser rahim
  7. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
  8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
  9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
  10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang :)
  11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj
  12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
  13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)

1 comment:

  1. bestnya buah delima, saya pun suka buah delima walaupun tak mengandung, hihi

    ReplyDelete